LENCANA SEKOLAH ~ BENDERA SEKOLAH ~ LAGU SEKOLAH

LENCANA SEKOLAH 

 
Lencana sekolah telah direka oleh Tuan Hj. Yaakob Bin Bachik. Pada lencana sekolah ini tertera lambang-lambang utama iaitu simbol obor, buku, dan alat sukan. Terdapat 4 warna yang melambangkan pengertian-pengertian tertentu;

 A       Warna coklat : Melambangkan perpaduan warga sekolah.

A       Warna putih   : Melambangkan kesucian hati pelajar dan guru.

A       Warna hijau   :Melambangkan warga sekolah yang sentiasa aman dan damai berteraskan keislaman.

A       Warna kuning : Melambangkan budaya bangsa yang berteraskan  agama Islam 
                dan ketuanan kepada Raja.

'          Simbol obor : Membawa maksud menerangi cahaya hidup.

& Simbol buku: Melambangkan buku dan tarikh 24 September 1962 bermaksud 
    perletakan batu asas.



  Alat sukan     : Membawa erti warga sekolah bergiat aktif dalam  bidang sukan.




 BENDERA SEKOLAH



PENGENALAN
Bendera sekolah telah dicipta pada tahun 1978 daripada cetusan idea En. Md. Yaman bin Jais, seorang guru sekolah ini pada ketika itu.Pada bendera terdapat logo yang menggabungkan perkataan S,G dan B yang membawa maksud ‘SEKOLAH GHAFAR BABA’. Bendera ini menggunakan kombinasi empat warna yang masing-masing mempunyai makna tersendiri dan seiiring maknanya dengan warna-warna yang terdapat pada lencana sekolah.

WARNA

Putih :
Melambangkan keikhlasan hidup dalam perjuangan menuntut dan menyampaikan ilmu serta kesediaan berkorban untuk negara.

Kuning :
Melambangkan budaya bangsa yang berteraskan Agama Islam dan ketuanan kepada raja
Merah :
Melambangkan semangat dan keberanian dalam mengejar cita-cita tanpa rasa gentar terhadap setiap  rintangan.
Coklat :


Melambangkan penekanan terhadap aspek pribumi sebagai teras manifestasi budaya sekolah. Budaya sekolah ini diharapkan dapat mewujudkan satu iklim sekolah yang dapat melahirkan murid-murid dengan nilai-nilai pribumi itu sendiri. Justerukan dapat lahir manusia berfikiran pribumi dan berakhlak mulia tanpa mengenepikan nilai-nilai kemodenan yang positif.

LAGU SEKOLAH
SGB MAJU JAYA

SGB kebanggaan kami
Jasamu kami kenang
Ilmu tangga bahagia
Kami tetap dipuncak jaya
                              Mari kita berganding bahu
                              Prestasi cemerlang tingkatkan
                              Lahir insan berwawasan
                              SGB maju jaya
            SGB maju jaya