LATAR BELAKANG SEKOLAH

LATAR BELAKANG SEKOLAH

 LOKASI

SMK Ghafar Baba (SGB) hari ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba (SMKGB) terletak dalam Mukim Masjid Tanah dan Sungai Baru Ulu , Alor Gajah Melaka iaitu sebuah pekan yang terletak arah utara Bandar Melaka. Jarak Masjid Tanah dari Bandar Melaka lebih kurang 33 KM sementara jaraknya dari Alor Gajah lebih kurang 15 KM. Jarak SGB dari pekan Masjid Tanah lebih kurang  0.4 kilometer. Keluasan kawasan SGB ialah 16 ekar  2 rod dan 8 pol.

Masjid Tanah dahulunya hanyalah merupakan sebuah pekan kecil, tetapi hari ini telah dibangunkan dengan pesatnya. Masjid Tanah amat sinonim dengan kejayaan , kecemerlangan dan kelahiran golongan cendekiawan di negeri Melaka. Justeru, Sekolah Ghafar Baba sebagai sebuah sekolah menengah tertua di kawasan ini turut menjadi penyumbang kepada golongan yang dinyatakan itu.

Hari ini berhampiran SMK Ghafar Baba terdapat empat buah sekolah rendah iaitu SK Kebangsaan Masjid Tanah, SK Datuk Tambichik Karim, SK Sri Laksamana dan SRJK Cina Masjid Tanah serta dua buah sekolah menengah iaitu SMK Sultan Alauddin dan SMK Hang Kasturi.


SEJARAH PENUBUHAN DAN PEMBUKAAN

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah. Pada peringkat awal penubuhannya , sekolah ini menumpang di  Sekolah Rendah Inggeris Masjid Tanah, Melaka. Sekolah ini ditubuhkan atas inisiatif masyarakat setempat  dan diasaskan pada bulan Januari 1962. Ketua masyarakat yang bertanggungjawab mempelopori dan mengasaskan sekolah ini ialah Datuk Tamby Chik Bin Karim.

Batu asas sekolah ini telah diletakkan tanggal 24 September 1962 oleh YAB Encik Abdul Ghafar Bin Baba, Ketua Menteri Melaka pada waktu itu.  Tarikh keramat itu sehingga hari ini kekal terpahat pada dinding bangunan blok pentadbiran. Bagi memperoleh keberkatan  serta mewartakan penubuhannya, satu majlis perasmian sekolah telah dilancarkan pada hari Khamis 19 Mac 1964 dan majlis ini disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Haji Abdul Malik Bin Yusuf, SMN, DMK , Gabenor negeri Melaka ketika itu. Pengetua pertama yang diamanahkan meneraju kepimpinan dan pengurusan sekolah ini ialah En. Hashim Bin Mohamad.

Pada tahun 1967 , sekolah ini telah ditukar namanya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah kepada  Sekolah Ghafar Baba mengambil sempena nama Encik Abdul Ghafar Babaseorang anak watan Melaka yang telah mengharumkan nama beliau dalam politik tanah air.
  

SEJARAH KEPIMPINAN SEKOLAH

Senarai pengetua sekolah sejak 1962  adalah seperti berikut  :

  1. En. Hashim Bin Mohd                               1962   -   1969
  2. En. Talib Bin Md. Zin                                 1969   -   1971
  3. En. Saari Bin Hassan                                1971   -   1974
  4. En. Hamdan Bin  Salleh                            1975   -   1981
  5. En. Abdullah Bin Hussin                            1981   -   1983
  6. Tn. Hj Borhan Bin Othman                         1983   -   1990
  7. Tn. Hj. Mohamad Bin Yunus                      1990   -   1994
  8. En. Mohd Zin Bin Abd Hamid                   1995   -   1996
  9. Tn. Hj. Osman Bin Ibrahim                         1996   -   1997
  10. Tn. Hj. Abd Wahid Bin Kidam                   1997   -   1998
  11. Pn. Hjh Zawiyah Bt. Pendek                      1998   -   2000
  12. Cik Julia Bt Leman                                      2000   -  2001
  13. Datin Hjh Salmiah Bt Sulaiman                 2001   -   2006
  14. Pn. Hjh Nubah Bt Aton                                Mulai 16.2.2006                  

PERKEMBANGAN FIZIKAL  SEKOLAH

Secara keseluruhannya bangunan sekolah ini dibina dalam bentuk konkrit serta dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan  asas. Pada peringkat awal penubuhannya , terdapat beberapa blok bangunan sahaja iaitu;
i.              Dewan Besar
ii.            Bilik Seni  Perusahan
iii.           Bilik Seni Lukis
iv.           Bilik Sains Paduan
v.            Bangunan Blok A
vi.           Bangunan Blok B
vii.          Kantin
viii.        Asrama
ix.           Perpustakaan

Peruntukan pembinaan bangunan ketika itu adalah bersesuaian dengan bilangan murid. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa bilangan bangunannya bertambah demi menampung pertambahan bilangan murid. Pada tahun 1968, telah dibina bangunan tambahan makmal sains dan bilik SRT. Sementara pada bulan Mac 1987, bangunan tambahan Blok C mula dibina dan setelah siap, disempurnakan majlis perasmiannya oleh  YAB Datuk Seri Abd. Rahim Bin Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka. Kos pembinaan bangunan ini yang berjumlah $200,000 dibiayai oleh Projek Bank Dunia .

Bersesuaian dengan fungsi sekolah yang bukan hanya bertujuan melahirkan insan cemerlang dan berketerampilan dalam bidang akademik, aspek pembangunan sahsiah turut mendapat perhatian. Selaras dengan hasrat murni itu maka pada tahun 1978,bangunan surau sekolah telah dibina dan kos pembinaannya daripada sumbangan PIBG, sumbangan orang perseorangan serta guru – guru SGB.

Dari semasa ke semasa, bilangan murid terus meningkat dan SGB mula menjadi tumpuan murid– murid dari kawasan  sekitar, termasuk juga dari luar kawasan Masjid Tanah. Bagi memenuhi keperluan murid yang tinggal agak berjauhan dan menghadapi masalah untuk berulang – alik setiap hari, maka pada tahun 1975 bangunan Asrama Puteri telah dibina. Peringkat awal pembinaannya, bangunan asrama ini digunakan untuk menempatkan murid lelaki yang tinggal agak berjauhan kerana bangunan Asrama Putera telah digunakan untuk kelas murid tingkatan 1, 4 dan 6. Hanya mulai tahun 1987 baharulah  diberikan kemudahan kepada murid perempuan untuk tinggal di asrama. Murid perempuan ditempatkan di bangunan baru sementara murid lelaki kembali menghuni blok asrama yang lama.

Pada bulan Mac 1989, bangunan tambahan kantin sekolah siap dibina. Pertambanhan bangunan dan blok dari semasa ke semasa dan secara beransur – ansur ini ternyata dapat meningkatkan keselesaan kepada warga SGB.

 ALIRAN DAN JURUSAN

SGB merupakan sekolah menengah aliran Melayu yang pertama di negeri Melaka bagi kategori luar bandar . Sejak tahun  1965  hanya terdapat satu kelas aliran Sastera di Tingkatan 4 kemudian pada tahun 1969 dibuka satu kelas aliran  Sains .  Bermula tahun 1972, SGB telah menawarkan kelas Tingkatan 6 aliran sastera dan hal ini mecipta satu lagi sajarah SGB kerana merupakan sekolah aliran Melayu yang pertama di Melaka diberi kepercayaan mengendalikan  kelas Tingkatan 6.   Perkembangan seterusnya ialah apabila sekolah ini terus mendapat mandat untuk menawarkan kelas Tingkatan 6 aliran Sains bermula tahun  1987.

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
1.
Kod Sekolah
MEA0071
2.
Nama Dan Alamat Sekolah
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GHAFAR BABA. 78300 MASJID TANAH, MELAKA.
3.
Tarikh Penubuhan
1 JANUARI 1962
4.
Gred Sekolah
 A
5.
Nama Pengetua
HJH NUBAH BINTI ATON
6.
No. Telefon
06- 3841257
7.
No. Faks
06- 3843253
8.
Alamat E-Mail
mea0071@pd.jaring.my
9.
Laman Web Sekolah
www.smkgb.edu.my
10.
Bilangan Murid
Lelaki : 432
Perempuan : 506
Jumlah :938
11.
Bilangan Guru
Lelaki : 22
Perempuan :   58
Jumlah : 80
12.
Bilangan Staf Sokongan
Lelaki : 8
Perempuan : 11
Jumlah : 19
13.
Kawasan Bandaran
Masjid Tanah (Majlis perbandaran Alor Gajah)
14.
Ppd
Alor Gajah
15.
Sesi Persekolahan
Pagi                              
16.
Visi Sekolah
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GHAFAR BABA IALAH SEKOLAH BERPRESTIJ YANG MELAHIRKAN INSAN TERBILANG DAN BERKETERAMPILAN.
17.
Misi Sekolah
  • MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF.
  • MENGAMALKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG.
  • MELENGKAPKAN PELAJAR DENGAN ILMU PENGETAHUAN DAN PENGUASAAN ICT.
  • MEMANTAPKAN AKTIVITI KOKURIKULUM BAGI MENGEMBANGKAN BAKAT DAN POTENSI MURID KE TAHAP OPTIMUM.
  • MEMBUDAYAKAN DISIPLIN DIRI DAN AKHLAK TERPUJI.
  • MEMANTAPKAN SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN YANG BERKESAN.

18.
Etos Sekolah
Tenang, Ceria, Kondusif
19.
Bidang Kebitaraan Sekolah
1. Bahasa Melayu ( Bidang Kurikulum)
2. Kelab Budaya (Bidang Kokurikulum)





PELAN SMK GHAFAR BABA


KEMUDAHAN FIZIKAL SEKOLAH


BIL
BILIK
JUMLAH
1
MAKMAL FIZIK
1
2
MAKMAL KIMIA
1
3
MAKMAL BIOLOGI
1
4
MAKMAL SAINS KBSM
4
5
PONDOL PENGAWAL
2
6
SURAU
1
7
BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
3
8
STUDIO REKACIPTA
1
9
BILIK EKONOMI RUMAHTANGGA
2
10
BILIK ASRAMA 750 KAKI PERSEGI
11
11
BILIK BACAAN
2
12
BILIK BAHASA
1
13
BILIK BIMBINGAN & KAUNSELING
1
14
BILIK CETAK
1
15
BILIK DARJAH 750 KAKI PERSEGI
34
16
PEJABAT GURU
2
17
BILIK PEJABAT AM
1
18
BILIK GPK KURIKULUM
1
19
BILIK PEJABAT KETUA BIDANG
1
20
BILIK PEJABAT PENGETUA
1
21
BILIK MESYUARAT
1
22
BILIK KEBAL
1
23
BILIK PEJABAT WARDEN/PENYELIA ASRAMA
1
24
BILIK KOMPUTER
1
25
BILIK MATEMATIK
1
26
BILIK MANDI
5
27
BILIK PENDIDIKAN SENI
1
28
BILIK PENGAWAS
1
29
BILIK PESAKIT
2
30
BILIK PUSAT SUMBER/PERPUSTAKAAN
1
31
BILIK SEJARAH
1
32
BILIK SEMBAHYANG
1
33
BILIK SEMINAR
1
34
BILIK STOR ASRAMA
10
35
BILIK STOR SEKOLAH
6
36
BILIK WARDEN/PENYELIA ASRAMA
1
37
BILIK RADIO
1
38
BILIK TV PENDIDIKAN
1
39
VAN SEKOLAH
1
40
KANTIN SEKOLAH
1