~ KONSEP ~ MATLAMAT ~ OBJEKTIF ~ VISI ~ MISI ~

PUSAT SUMBER

Suatu tempat yang  memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa

MATLAMAT

Pusat Sumber Sekolah  adalah satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan  semua pihak  di sekolah  mencapai segala pergerakan dan aktiviti  ke arah  melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

(Kementerian Pelajaran Malaysia, Sukatan  Pelajaran  Pengurusan PSS : satu garis panduan  untuk kursus perkhidmatan, 1990 )

Sejak 1960-an proses penerapan teknologi pendidikan  dalam p & p di sekolah telah diperkenalkan.  Banyak usaha ke arah membudayakan  penggunaan teknologi pendidikan  di kalangan guru telah digalakkan.  Khususnya setelah  pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1993. Dalam konteks sekarang PSS bukanlah satu bilik khas atau pusat yang mengandungi bahan buku dan bukan buku untuk tujuan bacaan, rujukan dan rekreasi. Sehubungan itu,  PSS perlu dintergrasikan antara perpustakaan dengan kemudahan perkhidmatan pandang dengar secara bersepadu.

OBJEKTIF

v  Mewujudkan kemerlangan pendidikan di sekolah
v  Menggalakkan  penggunaan kemudahan PSS
v  Pemupukan tabiat belajar pelajar di sekolah
v  Penghasilan bahan untuk P & P
v  Memperolehi kemahiran maklumat di kalangan warga sekolah


Perkhidmatan - yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal  kemahiran dalam pembelajaran


Koleksi bahan - yang disediakan  lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan


Agen perubahan - yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran.

VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Melahirkan generasi berilmu dan bermatlamat untuk menuju alaf baru

Mewujudkan warga sekolah yang berilmu dengan sahsiah yang seimbang, berfikiran kreatif dan inovatif melalui sikap suka membaca dan meneroka sumber informasi

MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Mewujudkan suasana kondusif dan berteknologi untuk kecemerlangan pendidikan dan kehidupan

v  Melengkapkan PSS dengan prasarana informasi yang berteknologi tinggi
v  Menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan berkualiti
v  Mengintegrasikan PSS dengan media berteknologi tinggi
v  Insan yang berinformasi
v  Mencanai minda yang bestari
Membentuk warga sekolah yang berkualiti.



MOTTO

Gedung Maklumat Khazanah Ilmu